Sunday, December 12, 2010

Aidiladha 2010

Aidiladha 2010 jatuh pada hari Rabu.
Saya tak balik ke kampung, jadi kenalah masak sendiri untuk makan pada hari raya.

Menu:
  • Rendang ayam cili api
  • Nasi impit
  • Kuah kacang (ni bukan buat sendiri - takde resepi)
  • Kuah lontong
Kalau nak resepi, saya tak de sukatan, main campak2 aje ikut agak2.  Yang penting, deria rasa tu kena tajam, selain itu, cuma '6th sense' aje diperlukan :).

Layan gambar dulu, resepi di bawah, ya..

tbs = table spoon (sudu makan/sudu besar)
tsp = tea spoon (sudu teh/sudu kecil)

Resepi Rendang Ayam
1 - 1.5  bj kelapa - ambil santannya, sebaik2nya blend kelapa supaya semua santan betul2 dapat diperah
1 ekor ayam - potong 18/24 jika nak kecil2, bersihkan
Garam secukup rasa
Sekeping asam gelugor/asam keping
2-3 tbs kerisik (boleh omit jika tak suka)
3-4 helai daun kunyit - hiris halus
3-4 helai daun limau purut yang sudah tua - siat-siat

Bahan kisar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 tbs cili api kisar - kalau nak kurang/lebih pedas, kena adjust
1 tsp serbuk kunyit
3-4 batang serai, hiris sederhana nipis
1/4 inci lengkuas - hiris sikit
1/2 inci halia - hiris sikit


CARA:
1. Kisar semua bahan kisar.
2. Masukkan santan ke dalam kuali besar.
3. Selesai mengisar, masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali berisi santan.
4. Hidupkan api dan biar santan masak.  Tak perlu kacau selalu sbb tak kisah jika santan pecah minyak.  Kacau untuk elak berkerak kalau perlu.
5. Masukkan ayam.  Jika gunakan ayam daging biasa, tunggu hingga santan kering sikit, baru masukkan ayam.  (Ini kerana jika masukkan awal sangat, ayam akan hancur sebab masak terlalu lama.)
6. Perasakan dengan garam, biar kurang masin, kerana kuah rendang akan berkurangan nanti.*
7. Bila hampir kering masak, masukkan kerisik dan kacau lagi. 
8. Perasakan garam (final) dan taburkan daun kunyit yang telah dihiris dan daun limau purut.  Kacau sebatikan.
9. Tunggu 3-5 minit, matikan api. 
10.  Siap untuk dihidang.
* Sesuaikan kuah rendang mengikut selera masing-masing. Ada orang suka berkuah, ada orang suka kering.  saya suka basah sikit tapi dah pecah minyak.

KUAH LONTONG/LODEH
2 biji kelapa, ambil santan pekat
2 tbs cili kering kisar
2 bj bawang merah sederhana besar
2 ulas bawang putih sederhana besar

Segenggam udang kering - seboleh2nya, pastikan jangan berbau tengit (Simpan udang kering dalam bekas bertutup, kalau boleh biarlah kedap udara, dan simpan dalam peti ais)

1 biji lobak merah - potong panjang
1 biji kecil sengkuang - potong panjang
3-4 kacang panjang - potong panjang, boleh patah2kan aje - lebih seni :)
2 biji cili merah - hiris nipis (untuk hiasan)

1-2 peket tempe, hiris-hiris
2-3 keping tauhu, potong 16
10 - 15 ekor udang basah sederhana besar, buang kulit jika suka
2-3 keping fucuk - rendam biar lembut (tip supaya fucuk jgn pecah2 : rendam biar lembut sikit baru potong dgn gunting)
1-2 genggam suun - rendam biar lembut

2-3 batang serai, diketuk
2-3 tbs minyak untuk menumis
minyak untuk menggoreng tauhu & tempe
Garam secukup rasa

CARA:
  1. Blend bawang putih dan bawang merah.  Ketepikan.
  2. Blend hancur udang kering.  (Kalau udang kering tu keras, rendam kejap biar senang nak blend.)
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Goreng tauhu supaya keras sikit dan tak hancur apabila dimasak dalam santan.
  5. Apabila masak, ketepikan tauhu.
  6. Goreng tempe.  (tak perlu letak garam atau apa2 perasa pada tempe)
  7. Angkat tempe apabila masak, ketepikan.
  8. Dalam periuk, panaskan minyak utk menumis.
  9. Bila minyak panas, masukkan udang kering.  Goreng kejap aje untuk garingkan udang kering tu, sbb udang kering tu dah hancur.
  10. Masukkan cili kisar dan bawang kisar.
  11. Garingkan cili kisar dan bawang - supaya jangan jadi pedas & takde bau bawang tak masak.
  12. Masukkan serai yang telah diketuk.  Goreng sekejap.
  13. Masukkan santan dan kacau - jaga supaya jangan pecah minyak.
  14. Perasakan garam.
  15. Apabila sudah hampir masak, masukkan suun, tempe & tauhu. 
  16. Perasakan garam (final).
  17. Suun akan mennyerap santan/kuah, jadi, boleh tambah air jika perlu.
  18. Masukkan udang basah.  Tunggu ajer 2-3 minit, masukkan sayur lobak, sengkuang dan kacang panjang.  Akhir sekali, masukkan cili merah yang dipotong.
  19. Selepas masukkan sayur-sayur,  terus matikan api.  Biar dulu kuah atas dapur kira-kira 10 minit.  Sayur tadi akan masak dalam kuah yang panas.  
  20. Siap untuk dihidang.  Makan bersama nasi impit dan sambal ikan bilis jika suka.